Tuesday, April 20, 2010

I'M ORANG TOO...

dari sehari ke sehari, saya diselubungi fikiran2 negatif yang tidak berkesudahan. terasa ujian yang menimpa sangat berat walaupun saya sedar ujian ini bukanlah seberat-berat ujian yng ada.

puluhan buku ataupun ratusan yang pernah saya baca selama usia 22 ini ibarat mencurah ke daun keladi. lantas hanya tinggal teori yang tidak di aplikasi. ye, saya tahu tentang apa yang di cakapkan oleh Amin Idris tentang power of Influences, saya masih ingat buku tentang positif dalam hidup, tentang kepentingan merancang dan menuju matlamat dll...namun, saat ini, teori itu hanya tinggal teori.

betullah kata guru saya, 'knowledge is something with soul, if u didn't feel anything, that's just an information'

namun, pernah terbit dari suara hati saya satu persoalan
'adakah ini kesan daripada 'ujian sakit' yang menimpa saya sekarang?'

it does make sense.

the person with narcolepsy will be feel tired along the day as if they're working non-stop and don't sleep along the night. as the consequences, the brain would be so tired and thus affect the day's performance.

and yet me?

most of people that I've met has told me that i'm looking sick! sad! and all the negative mood!
am i thinking too much?
.... I've no answer for that. it really drives me crazy!

but, somehow... I know Allah is the perfect answer for all questions. He's the creator of everything and supposedly, only to Him I should serve and beg.

if one day i lost everything, i'll pray to Allah for not cry over it, instead, i'll cry for having nothing to spend more fi sabilillah .

jasad ini milikNya
kenapa aku harus bersedih bila Dia ingin meminta kembali?
fikiran ini milikNya,
aku harus menangis bila ia tidak memikirkan tentangNya
dan ku harap hati ini tetap mengingatiNya
Dia Maha Pengampun...




Tuesday, March 9, 2010

HARI INI...SEMALAM...KEMARIN....3 HARI LEPAS... SERTA HARI2 SEBELUMNYA MEMANG HIDUP INI PENUH DENGAN TIDO!!

YA ALLAH...
JADIKAN AKU HAMBANMU YANG REDHO DENGAN CUBAAN INI.

SESUNGGUHNYA AKU TERTEKANN!

OHH...AKU TERTEKAN YA ALLAH...

KUATKAN KESABARANKU..

Wednesday, February 24, 2010

ANALOGI SI NARCOLEPTIC =P

Bila ada yang bertanya kenapa saya mudah tidur ketika kuliah, memang saya sukar untuk terangkannya. Untuk benar-benar cakap saya mempunyai narcolepsy? Ohh..tidak!Saya belum punyai pengesahan yang rasmi dari pusat kesihatan. Lagipun nanti akan ada yang bertanya, Narcolepsy tu apa pulak? Haha

Namun saya ada terbaca satu penjelasan yang sangat ‘memahami’ keadaan saya. Dia juga seorang narcoleptic, juga punyai blog yang mana menceritakan kisah-kisah penyakitnya. Cara dia memberi penerangan sungguh mudah…(mungkin saya boleh meminjam caranya..hehe)
Beginilah..saya bagi satu cara mudah memahami bagaimana narcoleprsy ‘hadir’ dalam hidup seseorang narcoleptic.

NAMUN…

Harus diingatkan, TIDAK SEMUA NARCOLEPTIC MEMPUNYAI SEMUA SIMPTOM, TETAPI RAMAI YANG MEMPUNYAI BANYAK SIMPTOM, apa yang ditulis ini mungkin sedikit sebanyak terpengaruh dengan versi symptom yang ada pada saya =)

Baiklah…Katakan kamu terbangun lewat pada suatu hari kuliah/ bekerja. Sejurus membuka mata kamu terlihat jam dinding dan sangat terkejut, sudah lewat! Namun hanya minda kamu yang sedar dan kamu tidak berupaya menggerakkan badan kamu sehingga beberapa ketika. Itulah yang dikatakan symptom, sleep paralysis (lumpuh ketiduran). Dan kemudian kamu bersiap-siap dengan begitu kelam kabut. Katakan kamu ke kelas menaiki kereta, di pertengahan jalan kamu ke tempat parking kamu terlupa menyiapkan satu assignment penting yang perlu dihantar pada pagi ini ketika kelas pertama,ini membuatkan kamu menjadi sungguh stress lantas menyebabkan kamu dengan tiba-tiba tidak dapat bergerak, kakimu tidak berupaya untuk melangkah, lalu kamu jatuh. Itulah cataplexy yang menyerang ( ia mungkin juga berlaku ketika kegembiraan yang melampau) ia adalah sejenis muscle loss control ( kita x dapat control pergerakan kita..hu)

Ok. Sampai di kelas, katakan kamu mengambil tempat di depan. (biasanya satu baris di depan kuliah adalah kosong =p). 10 minit terawal kamu mendengar kuliah dengan baik. Namun seketika kemudian tanpa kamu sedari, mata akan melayu dan kamu sebenarnya dilihat orang sedang tidur! Dan waktu itu kalau kamu sedang menulis (kamu je rasa camtu) tetapi realiti sebenarnya kamu sedang menconteng buku nota kamu!

Kamu hanya mungkin akan sedar sepenuhnya apabila kamu ‘berjaya’ tidur dalam kelas.

Dan biasanya waktu kamu sedar adalah waktu pensyarah kamu bertanya “do you have any question?”

Atau ketika terdengar bunyi pensyarah menutup pintu, menandakan dia sudah keluar. =)

Sepanjang hari kamu akan merasa keletihan seperti tidak tidur semalaman, KECUALI
Kamu mengambil kopi pada pagi tersebut. Ia mungkin membantu kamu ‘berjaga’ dalam kelas.

Lalu tiba waktu malam sebelum tidur, kamu terdengar ada yang memanggil namamu. manakala siang tadi kamu banyak kali terdengar hp berbunyi tanda pesanan ringkas yang sampai, namun, bila disemak, tiada apapun sebenarnya. Itulah halusinasi. Ia boleh berlaku samada, bunyi, penglihatan atau lain-lain (saya lupe hehe)

Ia berlaku kerana tindakan otak kamu yang menyangka kamu sedang tidur (kerana keadaan kamu sepatutnya tidur) lalu dia menghadirkan mimpi-mimpi ketika kamu sedar!

Dan banyak lagi simptom lain…

Seperti kurang focus, lemah tahap mengingat kerana otak kamu sungguh letih.
Bayangkan, Tanpa Memahami Keadaan Si Narcoleptic, Ramai Yang Mungkin Tersalah Anggap Memahami Golongan Ini Adalah PEMALAS, TIDAK MENGAMBIL PRIHATIN, SUKA TIDUR Dan Sebagainya…

“AKU TIDUR KERANA FITRAH” =)

Friday, February 19, 2010

DALAM MIMPI SAYA DAPAT JAWAPANNYA!

Tidur dan mimpi tidak dapat lari dari hidup saya. Mereka bagaikan membina satu dunia yang baru buat saya. Dunia yang kadang-kadang bagi saya menggembirakan.Dunia yang mana saya mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang saya mahukan. Namun, apa yang pelik dan menyedihkan, saya langsung lupa selepas bangkit dari tidur!

Astagfirullahalazim..aku pohon perlindungan dari mainan syaitan ya Allah!

Petang tadi saya tidak pasti bila dan bagaimana saya tertidur. Apa yang saya ingat, sebelum itu, tangan saya memegang naskah al-maksurat dan berada di atas katil. Usai membaca, saya terus ke daerah mimpi.

Ketika itu asar, memanglah tidak asing jika dikaitkan dengan mainan syaitan ketika tidur. Bangun saja dari tidur, hati saya begitu sedih, 2 jam petang itu berlalu dengan sia-sia.

Terkadang, saya hampir putus asa untuk mencari ubat akan masalah ini. namun Alhamdulillah, ini bukan lagi penghujung usaha saya. Cuma, saban hari saya bertanya kepada diri sendiri…

‘SEHINGGA MANA AKU AKAN MAMPU BERTAHAN?’

To be continue…

Thursday, February 18, 2010

PERSOALAN TERJAWAB...




Bagaimana saya mula sedar perkara hal ini?

Mungkin itu antara persoalan yang timbul.

Saban hari saya semakin runsing dengan keadaan tidur yang berlebihan dan tidak menentu, lalu saya mulakan pencarian saya melalui internet. Di sini lah saya terjumpa dengan masalah tidur ini. pada mulanya saya tidak mempercayai yang saya menghidapnya kerana saya tidaklah sampai tidur semasa berborak dengan seseorang. NAMUN, selepas pembacaan sedikit sebanyak saya mula sedar bahawa masalah tidur ini ada tahapnya !

Saya mula mengambil test Epworth Sleepiness Scale, sebuah test untuk menilai masalah ini. hasilnya ; masalah tidur saya berada pada tahap moderate narcolepsy! Dan saya disarankan berjumpa doctor.

Waktu itu fikiran saya meumpu kepada masa depan nanti. Bagaimana jika keputusan rasmi oleh doctor bahawa saya memang menghidap Narcolepsy?

ADAKAH ESOK MILIK SAYA LAGI?

Saya menangis semahunya hari itu di hadapan Allah, minta dikuatkan semangat yang rapuh ini.

Hari itu saya mencari-cari lagi bukti yang membolehkan saya menidakkan masalah ini.

Saya membelek semula buku-buku nota kuliah saya à hampir setiap hari menunjukkan saya tidur di dalam kuliah.tulisan yang tidak dapat difahami.contengan. bukan seminggu sekali, tapi SETIAP HARI!

saya teringat satu emel yang dikata kan oleh seseorang yang turut menghidap narcolepsy, “ia sangat mengejutkan, saya tertidur semasa peperiksaan, dan saya hanya bangun selepas penjaga mengatakan tinggal lagi setengah jam sebelum habis!”

ADAKAH ESOK MILIK SAYA LAGI?

To be cont..

CERITA SAYA

Assalamualaikum..

Hari ini saya memulakan sesuatu yang baru dalam hidup saya.

‘menulis tentang masalah kesihatan dalam blog’

mungkin ada yang akan mempersoalkan apa pentingnya menulis tentang diri sendiri, sudah tentu membuka aib kepada umum. Namun saya telah tetap dengan niat saya, rasa ingn berkongsi buat yang senasib dan rasa ingin memahamkan kondisi orang-orang yang terpilih ini kepada masyarakat umum yang selalunya tersalah paham. Jadi, tidak salah bukan? =)

Narcolepsy,sejenis masalah tidur, juga boleh dikatakan excessive daytime sleepness. Mungkin ada yang tahu, mungkin ramai yang masih kurang jelas dengan disorder ini. ya, narcolepsy bukanlah sejenis penyakit seperti migraine, darah tinggi, diabetes dan sewaktu dengannya, tetapi suatu disorder. Apa itu narcolepsy mungkin boleh rujuk entry saya yang lepas.

Cuma hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak progress yang telah saya hadapi.

Saya mula tidur dalam kelas seawal darjah enam. Ia mula berlanjutan sehingga saya bersekolah menengah dan kemudiaannya melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan.

Mulanya, saya menganggap tidur di dalam kelas adalah perkara biasa seperti kawan-kawan yang lain, namun sehingga ke hari ini masalah ini semakin melarat. Tidur saya makin sukar dijangka!

Sehingga hari ini hampir setiap hari hidup saya dipenuhi tidur, kecuali saya melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan dan peralihan tempat seperti bersukan, makan, mandi dan berinteraksi.

Aktiviti-aktiviti seperti mengulangkaji pelajaran di meja, mendengar kuliah, menonton cerita, membaca buku cerita memberi peratusan mengantuk yang sangat tinggi. Dalam sepuluh atau 15 minit kemungkinan saya tertidur adalah sangat besar.

To be continue..

Tuesday, February 16, 2010

salam permulaan

baru bermula sebuah diari...
hari ini kita berkenalan dengan 'si narcoleptic'
ini ada sedikit sebanyak link2 yang mungkin dapat membantu kita untuk mengenali

APA ITU NARCOLEPSY?

http://www.helpguide.org/life/narcolepsy_symptom_causes_treatments.htm

lagi...

http://www.medicinenet.com/narcolepsy/article.htm

lagi....

http://www.nhlbi.nih.gov/health/dci/Diseases/nar/nar_what.html

dan lagi...

http://www.emedicinehealth.com/narcolepsy/article_em.htm

mungkin cukup setakat ini untuk hari ini..

salam perkenalan dari jauh..